Tuesday, June 14, 2011

o r a n g ((;

Setiap insan mesti ada kisah hidup yang dia tak mahu cerita atau kongsi.Sebab bukan semua benda perlu dihebahkan berdasarkan faktor yang bernas.Mungkin benda tu menyedihkan dia, mungkin ia memberi kesan mendalam atau dia memang dia nk lupa kan.Banyak kemungkinan & kesimpulan boleh dibuat bila ia berkaitan dgn kehidupan ini kan?

Sekali sekala mesti kita rasa kehidupan kita tak adil apabila si DIA memberi dugaan yang luar jangkaan. Bila kehidupan kita yg kini ceria diganggu kisah masa lepas atau pun pilihan kita sendiri menyedihkan kita. Tetapi tidakkah semua yang terjadi memberi kesan & mencorak kan kita? Tidak dinafikan manusia akan terus berckp, benar atau salah itu belakang cerita. Yang penting mereka mahu bercakap. Itu lah lumrah manusia. Tohmahan itu hanya akan kekal di dalam hati jika kita ambil pusing, cuba kalau kita melantak kan kedaaan? Tomahan itu sedikit pun tidak akan mencalarkan kita.

Mengenai manusia yg hendak berckp mengenai dosa pahala? Mungkin kita boleh bercakap tentangnya tapi yg menentu kan hanya DIA yg satu bukan? Masa lepas telah membawa kita disini, masa lepas telah mematang kan kita, masa lepas mengasahkan pemikiran kita, masa lepas juga lah yg membentuk diri kita sekarang. Aku mengaku aku lega dan syukur berpijak di bumi ini skrg dalam keadaan yang sedar walaupun hidup aku masih dalam pencarian.Ya Allah,berkatilah hidupku dan keluargaku.Amin ((;